Amos 5:20-24 Alkitab Berita Baik (BM)

20. Hari TUHAN itu akan membawa kegelapan dan bukan cahaya; hari itu akan suram, tanpa cahaya sama sekali.

21. TUHAN berfirman, “Aku benci dan muak dengan perayaan agama kamu; Aku jemu melihatnya!

22. Apabila kamu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan menerimanya. Aku tidak akan menerima ternak yang gemuk, yang kamu persembahkan sebagai korban untuk memohon berkat, kepada-Ku.

23. Hentikanlah nyanyian kamu yang membisingkan itu; Aku tidak mahu mendengar permainan kecapi kamu.

24. Sebaliknya, berusahalah supaya keadilan mengalir seperti sungai, dan kejujuran mengalir seperti air yang tidak pernah kering.

Amos 5