Amos 5:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Dengarlah, hai umat Israel! Aku hendak menyanyikan lagu perkabungan untuk kamu:

2. Israel, anak dara itu sudah jatuh,dia tidak akan bangkit lagi!Dia dibiarkan terlantar di tanahnya sendiri,tiada sesiapa yang menolongnya berdiri.

3. TUHAN Raja berfirman, “Sebuah kota di Israel mengerahkan seribu orang askar, tetapi hanya seratus orang yang kembali. Kota yang lain mengerahkan seratus orang, tetapi hanya sepuluh orang yang kembali.”

4. TUHAN berfirman kepada umat Israel, “Kembalilah kepada-Ku, maka kamu akan hidup.

5. Jangan pergi ke Bersyeba untuk beribadat. Jangan cari Aku di Betel kerana Betel akan lenyap. Jangan pergi ke Gilgal, kerana penduduk kota itu akan dibuang negeri.”

Amos 5