2 Tawarikh 13:17-20 Alkitab Berita Baik (BM)

17. Mereka dikalahkan dengan teruk oleh Raja Abia dan tenteranya. Setengah juta orang askar Israel yang paling baik telah terbunuh.

18. Demikianlah orang Yehuda mengalahkan orang Israel, kerana orang Yehuda bergantung kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka.

19. Raja Abia mengejar pasukan Raja Yerobeam dan menduduki beberapa buah kotanya, iaitu Betel, Yesana, Efron, dan pekan-pekan di sekitar kota-kota itu.

20. Raja Yerobeam tidak dapat memulihkan kekuasaannya selama pemerintahan Raja Abia. Akhirnya Raja Yerobeam dibunuh oleh TUHAN, lalu baginda mangkat.

2 Tawarikh 13