1. Raja Rehabeam pergi ke Sikhem kerana semua suku di bahagian utara Israel telah berkumpul di sana untuk melantik baginda menjadi raja.
2. Apabila Yerobeam anak Nebat mendengar tentang berita itu, dia kembali ke Israel. Dahulu Yerobeam telah pergi ke Mesir kerana dia melarikan diri daripada Raja Salomo.
13-14. Raja tidak mempedulikan nasihat orang tua. Baginda menurut nasihat orang muda lalu bertitah kepada rakyat dengan kasar, “Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda menyebat kamu dengan cambuk tetapi beta akan menyebat kamu dengan cambuk yang berduri besi!”