2 Samuel 24:24-25 Alkitab Berita Baik (BM)

24. Tetapi raja menjawab, “Tidak! Beta mahu membelinya. Beta tidak mahu mempersembahkan sesuatu yang beta dapat dengan percuma, kepada TUHAN, Allah beta.” Raja Daud membeli tempat mengirik gandum dan lembu-lembu itu dengan harga lima puluh keping wang perak.

25. Kemudian Raja Daud mendirikan mazbah di situ bagi TUHAN, lalu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN serta korban untuk memohon berkat TUHAN. TUHAN mengabulkan doa Raja Daud, lalu wabak yang melanda Israel itu berhenti.

2 Samuel 24