2 Samuel 22:8-18 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Kemudian bumi bergegar dan bergoncang;dasar langit bergetar dan bergoyang,kerana Allah murka!

9. Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.

10. Dia membelah langit lalu turundengan awan gelap di bawah kaki-Nya.

11. Dia terbang laju dengan mengendarai kerub;Dia melayang di atas sayap angin.

12. Dia menyelubungi diri-Nya dengan kegelapan;awan mendung yang tebal mengelilingi Dia;

13. Bara api menyala-nyala dari kilat yang di hadapan-Nya.

14. Kemudian TUHAN mengguntur dari angkasa,dan Yang Maha Tinggi memperdengar suara-Nya.

15. Dia melepaskan anak panah-Nya,dan mencerai-beraikan musuh-Nya.Dia memancarkan kilat sehingga menyebabkan mereka lari.

16. Dasar lautan tersingkap,dan asas bumi terdedah,ketika TUHAN menegur musuh-Nya,dan bertempik dengan murka terhadap mereka.

17. Dari atas TUHAN menghulurkan tangan-Nya,Dia memegang aku,lalu menarik aku keluar dari air yang dalam.

18. Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang kuat,dan daripada mereka yang membenci aku,kerana mereka terlalu kuat bagiku.

2 Samuel 22