2 Samuel 22:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Selepas TUHAN menyelamatkan Daud daripada Raja Saul dan musuh-musuhnya yang lain, Daud menyanyikan lagu ini bagi TUHAN:

2. TUHAN ialah pelindungku;Dia bagaikan kubu yang kuat bagiku.

3. Allahku tempat perlindunganku,aku selamat bersama dengan Dia.Dia melindungi aku seperti perisai;Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat.Dialah penyelamatku;Dia melindungi aku dan menyelamatkan aku daripada keganasan.

4. Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji,dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.

2 Samuel 22