2 Samuel 21:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Oleh sebab Raja Daud dan Yonatan sudah bersumpah kepada satu sama lain, Raja Daud tidak menyerahkan Mefiboset anak Yonatan, cucu Raja Saul, kepada mereka.

8. Tetapi Raja Daud menyerahkan Armoni dan Mefiboset kepada mereka, iaitu dua orang putera Raja Saul yang dilahirkan oleh Rizpa anak Aya. Raja Daud juga menyerahkan lima orang anak lelaki Merab puteri Raja Saul, iaitu anak-anak Merab dan suaminya Adriel anak Barzilai, yang berasal dari Mehola.

9. Raja Daud menyerahkan mereka kepada orang Gibeon. Orang Gibeon menggantung mereka di atas gunung di hadapan TUHAN, dan ketujuh-tujuh orang itu mati. Hukuman mati itu dilaksanakan pada akhir musim bunga, ketika musim menuai barli baru bermula.

2 Samuel 21