2 Samuel 21:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Raja Daud pergi mengambil tulang-tulang Raja Saul dan puteranya Yonatan, dari penduduk kota Yabes di Gilead. (Penduduk Yabes telah mencuri tulang-tulang itu dari padang kota di Bet-San, tempat orang Filistin menggantung mayat-mayat itu pada hari mereka membunuh Raja Saul di Gunung Gilboa.)

13. Raja Daud mengambil tulang-tulang Raja Saul dan Yonatan, lalu mengumpulkan juga tulang-tulang tujuh orang yang telah digantung itu.

14. Selepas itu tulang-tulang Raja Saul dan Yonatan, serta tulang-tulang tujuh orang itu dikuburkan di kubur Kish, ayahanda Raja Saul, di Zela di dalam wilayah Benyamin, sebagaimana yang diperintahkan raja. Selepas itu barulah Allah mengabulkan doa mereka bagi negeri itu.

2 Samuel 21