1. Selepas itu Daud bertanya kepada TUHAN, “Adakah TUHAN menghendaki aku pergi menguasai salah sebuah kota di Yehuda?”“Ya,” jawab TUHAN.“Kota yang mana?” tanya Daud.“Hebron,” jawab TUHAN.
2. Oleh itu Daud pergi ke Hebron dan membawa kedua-dua isterinya: Ahinoam dari Yizreel, dan Abigail, balu Nabal, orang Karmel itu.
3. Daud juga membawa anak buahnya dan semua keluarga mereka, lalu menetap di kota Hebron dan di sekitarnya.
4. Kemudian orang Yehuda datang ke Hebron, dan dengan upacara pelumuran minyak, mereka melantik Daud menjadi raja Yehuda.Apabila Raja Daud mendengar bahawa penduduk Yabes di Gilead sudah memakamkan jenazah Raja Saul,
5. Raja Daud mengirim utusan ke sana dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana menunjukkan kesetiaan terhadap raja kamu dengan memakamkan jenazah baginda.