2 Samuel 14:17-21 Alkitab Berita Baik (BM)

17. Hamba yakin bahawa janji tuanku itu akan menjamin keselamatan hamba kerana tuanku seperti malaikat Allah, yang dapat membezakan apa yang baik dan apa yang jahat. Semoga TUHAN, Allah tuanku menyertai tuanku!”

18. Raja menjawab, “Beta mahu menanyakan sesuatu kepadamu, dan jawablah dengan jujur.”“Silakan tuanku,” wanita itu menjawab.

19. Raja bertitah, “Adakah Yoab yang menyuruh kamu?”Jawab wanita itu, “Hamba bersumpah demi tuanku bahawa hamba tidak mungkin mengelak diri daripada pertanyaan tuanku. Memang benar tuanku, Yoab sudah memberitahukan apa yang harus hamba lakukan dan katakan.

20. Tetapi dia berbuat begitu untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik. Tuanku bijaksana seperti malaikat Allah sehingga mengetahui segala sesuatu yang berlaku.”

21. Setelah itu raja memanggil Yoab dan bertitah kepadanya, “Keinginanmu itu akan beta penuhi. Pergilah berjumpa dengan Absalom dan bawalah dia kembali.”

2 Samuel 14