2 Raja-Raja 22:13-17 Alkitab Berita Baik (BM)

13. “Pergilah meminta petunjuk daripada TUHAN bagi beta dan bagi segenap penduduk Yehuda tentang ajaran kitab ini. TUHAN murka kepada kita kerana nenek moyang kita tidak melakukan apa yang tercatat di dalam kitab ini.”

14. Hilkia, Ahikam, Akhbor, Safan, dan Asaya pergi meminta petunjuk daripada seorang perempuan bernama Hulda. Dia seorang nabi perempuan yang tinggal di perkampungan baru di Yerusalem. Suaminya, Salum anak Tikwa, cucu Harhas, ialah pengurus pakaian ibadat di Rumah TUHAN. Mereka menceritakan apa yang telah terjadi itu kepada Hulda.

15. Kemudian Hulda menyuruh mereka kembali kepada raja dan menyampaikan

16. firman TUHAN demikian, “Aku akan menghukum Yerusalem serta semua penduduknya sebagaimana yang tertulis di dalam kitab yang dibaca oleh raja.

17. Mereka telah menolak Aku dan telah mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain. Mereka telah membangkitkan kemurkaan-Ku kerana segala perbuatan mereka. Sekarang Aku murka terhadap Yerusalem, dan kemurkaan-Ku tidak akan reda.

2 Raja-Raja 22