1. Setelah Raja Ahab dari Israel mangkat, negeri Moab memberontak terhadap Israel.
2. Pada suatu hari, Raja Ahazia dari Israel jatuh dari langkan di tingkat atas istananya di Samaria sehingga baginda luka parah. Oleh itu baginda mengirim beberapa orang utusan untuk bertanya kepada Baal-Zebub, dewa orang Filistin di kota Ekron, sama ada baginda akan sembuh atau tidak.
3. Tetapi malaikat TUHAN menyuruh Elia, nabi dari Tisbe, berjumpa dengan para utusan Raja Ahazia dan bertanya kepada mereka, “Mengapa kamu pergi bertanya kepada Baal-Zebub, dewa kota Ekron itu? Tidakkah kamu tahu bahawa ada Allah di Israel?