1 Tawarikh 7:7-25 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Bela mempunyai lima orang anak lelaki: Ezbon, Uzi, Uziel, Yerimot, dan Iri. Mereka ketua keluarga dan terkenal sebagai askar perkasa. Dalam senarai keturunan mereka ada tercatat 22,034 orang lelaki yang layak menjadi askar.

8. Bekher mempunyai sembilan orang anak lelaki: Zemira, Yoas, Eliezer, Elyoenai, Omri, Yeremot, Abia, Anatot, dan Alemet.

9. Mereka adalah ketua keluarga dalam puak mereka. Menurut senarai rasmi, daripada semua keluarga dalam keturunan mereka, terdapat 20,200 orang lelaki yang layak menjadi askar.

10. Yediael mempunyai seorang anak lelaki bernama Bilhan. Bilhan mempunyai tujuh orang anak lelaki: Yeus, Benyamin, Ehud, Kenaana, Zetan, Tarsis, dan Ahisahar.

11. Mereka ketua keluarga dalam puak mereka dan terkenal sebagai askar perkasa. Dalam keturunan mereka, terdapat 17,200 orang lelaki yang layak menjadi askar.

12. Supim dan Hupim adalah keturunan Ir.Husim ialah anak Dan.

13. Naftali mempunyai empat orang anak lelaki: Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum. Mereka cucu Bilha.

14. Manasye dan gundiknya, seorang perempuan Aram, mempunyai dua orang anak lelaki: Asriel dan Makhir. Makhir ialah bapa Gilead.

15. Makhir mendapatkan isteri bagi Hupim dan Supim. Nama isteri Makhir ialah Maakha. Anak Makhir yang kedua ialah Zelafead. Zelafead tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan.

16. Maakha, isteri Makhir melahirkan dua orang anak lelaki yang diberi nama Peres dan Seres. Peres mempunyai dua orang anak lelaki: Ulam dan Rekem.

17. Ulam mempunyai seorang anak lelaki bernama Bedan. Mereka semua keturunan Gilead anak Makhir, cucu Manasye.

18. Saudara perempuan Gilead yang bernama Molekhet mempunyai tiga orang anak lelaki: Isyhod, Abiezer, dan Mahla.

19. Semida mempunyai empat orang anak lelaki: Ahyan, Sikhem, Likhi, dan Aniam.

22. Bapa mereka berkabung berhari-hari lamanya dan saudara-saudaranya datang untuk menghibur dia.

23. Kemudian Efraim mengadakan hubungan jenis dengan isterinya lagi, lalu isterinya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Beria kerana malapetaka yang telah dialami mereka.

24. Efraim mempunyai seorang anak perempuan bernama Seera. Dialah yang membina kota Bet-Horon Hulu dan Bet-Horon Hilir, dan juga kota Uzen-Seera.

25. Efraim juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Refah. Inilah jurai keturunan Refah: Resef, Telah, Tahan,

1 Tawarikh 7