1 Tawarikh 6:55-62 Alkitab Berita Baik (BM)

55. Tanah mereka meliputi kota Hebron di wilayah Yehuda, dan padang rumput di sekitarnya.

56. Tetapi ladang-ladang dan pekan-pekan di sekitar kota itu diberikan kepada Kaleb anak Yefune.

57-59. Keturunan Harun mendapat kota-kota berikut, bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Hebron, iaitu kota perlindungan, Yatir, pekan-pekan Libna, Estemoa, Hilen, Debir, Asan, Bet-Semes.

60. Di wilayah suku Benyamin mereka mendapat kota-kota berikut bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Geba, Alemet, dan Anatot. Jumlah semuanya sebanyak tiga belas buah kota untuk tempat tinggal keluarga-keluarga mereka.

61. Dengan membuang undi, sepuluh buah kota di wilayah suku Manasye Barat dibahagi-bahagikan kepada keluarga-keluarga lain dalam puak Kehat.

62. Keluarga-keluarga dalam puak Gerson diberikan tiga belas buah kota di wilayah suku Isakhar, Asyer, Naftali, dan Manasye Timur di Basan.

1 Tawarikh 6