1 Tawarikh 18:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Kemudian Raja Daud mendirikan perkhemahan tentera di wilayah mereka, lalu mereka takluk dan membayar ufti kepada baginda. TUHAN memberikan kemenangan kepada Raja Daud di mana sahaja baginda berperang.

7. Raja Daud merampas perisai-perisai emas yang digunakan oleh para pegawai Raja Hadadezer, lalu membawa semuanya ke Yerusalem.

8. Selain itu Raja Daud juga menjarah banyak sekali gangsa dari Tibhat dan Kun, kota-kota yang dahulu dikuasai oleh Raja Hadadezer. (Pada kemudian hari, gangsa itu digunakan oleh Raja Salomo untuk membuat tangki, tiang-tiang, dan perkakas ibadat di Rumah TUHAN.)

9. Raja Tou, pemerintah negeri Hamat, mendengar bahawa Raja Daud telah mengalahkan segenap tentera Raja Hadadezer.

10. Oleh itu Raja Tou mengutus Yoram, puteranya untuk menyampaikan salam kepada Raja Daud dan mengucapkan tahniah atas kemenangannya terhadap Raja Hadadezer. Raja Tou sendiri telah banyak kali berperang melawan Raja Hadadezer. Yoram menghadap Raja Daud dengan membawa banyak hadiah daripada emas, perak, dan gangsa.

1 Tawarikh 18