25. Aku berani berdoa demikian, ya Allahku, kerana Engkau telah menyatakan semua itu kepadaku, hamba-Mu. Engkau telah memberitahu aku bahawa keturunanku akan Engkau jadikan raja-raja bangsa ini.
26. Ya TUHAN, Engkaulah Allah, dan Engkau telah menjanjikan perkara yang indah ini untuk aku.
27. Aku mohon, sudilah memberkati keturunanku supaya mereka tetap merasakan kasih-Mu selama-lamanya. Engkau, ya TUHAN, telah memberkati mereka dan Engkau akan tetap memberkati mereka sampai selama-lamanya.”