1 Tawarikh 16:9-18 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Nyanyikanlah lagu pujian kepada TUHAN,ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.

10. Dialah TUHAN Yang Esa;bersukacitalah kerana kita milik-Nya;semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita!

11. Mintalah pertolongan TUHAN;sembahlah Dia sentiasa.

14. TUHAN ialah Allah kita;perintah-Nya untuk seluruh dunia.

15. Jangan lupakan perjanjian-Nyayang berlaku untuk selama-lamanya,

16. perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham,dan janji-Nya dengan Ishak,

17. lalu dikekalkan dengan Yakub,menjadi perjanjian abadi bagi umat Israel.

18. Dia berfirman, “Aku akan memberi kamu negeri Kanaan,untuk menjadi milik pusaka kamu.”

1 Tawarikh 16