1 Tawarikh 16:6-16 Alkitab Berita Baik (BM)

6. dan dua orang imam, iaitu Benaya dan Yahaziel, ditugaskan secara tetap untuk meniup trompet di hadapan Tabut Perjanjian.

7. Itulah kali pertama Raja Daud menugaskan Asaf dan rakan-rakannya sesama orang Lewi untuk menyanyikan lagu puji-pujian kepada TUHAN.

8. Bersyukurlah kepada TUHAN,isytiharkanlah keagungan-Nya.Ceritakanlah perbuatan-Nyakepada bangsa-bangsa.

9. Nyanyikanlah lagu pujian kepada TUHAN,ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.

10. Dialah TUHAN Yang Esa;bersukacitalah kerana kita milik-Nya;semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita!

11. Mintalah pertolongan TUHAN;sembahlah Dia sentiasa.

14. TUHAN ialah Allah kita;perintah-Nya untuk seluruh dunia.

15. Jangan lupakan perjanjian-Nyayang berlaku untuk selama-lamanya,

16. perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham,dan janji-Nya dengan Ishak,

1 Tawarikh 16