1. Raja Hiram dari Tirus sentiasa bersahabat dengan Raja Daud. Oleh itu apabila Raja Hiram mendengar bahawa Raja Salomo telah memerintah menggantikan Raja Daud ayahandanya, baginda mengutus seorang duta kepada Raja Salomo.
2. Kemudian Raja Salomo mengirimkan pesan ini kepada Raja Hiram,
3. “Tuanku tahu bahawa Raja Daud, ayahanda beta sentiasa terpaksa berperang menentang musuh dari negeri-negeri di sekelilingnya. Sebelum TUHAN memberikan kemenangan kepadanya atas semua musuhnya itu, baginda tidak dapat membina Rumah tempat menyembah TUHAN, Allah baginda.