1 Raja-Raja 20:9-12 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Oleh itu Raja Ahab bertitah kepada para utusan itu, “Katakan kepada tuanku raja bahawa beta bersetuju dengan tuntutannya yang pertama, tetapi beta tidak bersetuju dengan tuntutan yang kedua.”Para utusan itu pergi, lalu kembali lagi dan menyampaikan titah

10. daripada Raja Benhadad, “Raja hamba sekalian akan datang dengan cukup banyak askar untuk memusnahkan kota tuanku, sehingga mereka dapat membawa debu dari puing-puing kota dalam tangan mereka. Baginda bersumpah agar dewa-dewa membunuh baginda jika baginda tidak melakukan hal itu!”

11. Raja Ahab menjawab, “Katakanlah kepada Raja Benhadad bahawa seorang askar yang sejati membanggakan kebesarannya setelah pertempuran, bukan sebelumnya!”

12. Raja Benhadad menerima jawapan Raja Ahab itu ketika baginda dan raja-raja sekutunya sedang minum-minum di perkhemahan mereka. Raja Benhadad memerintah tenteranya bersiap untuk berperang, lalu mereka pun bersedia.

1 Raja-Raja 20