3. Nabi itu meneruskan lagi, “Mazbah ini akan roboh, dan abu yang ada di atasnya akan bertaburan. Itulah buktinya bahawa TUHAN telah berfirman melalui aku.”
4. Apabila Raja Yerobeam mendengar hal itu, baginda bertitah sambil menunjuk nabi itu, “Tangkap dia!” Ketika itu juga lengan raja menjadi kejang sehingga baginda tidak dapat menariknya semula.
5. Mazbah itu tiba-tiba roboh dan abunya bertaburan di tanah, seperti yang dinubuatkan oleh nabi itu atas nama TUHAN.
6. Raja Yerobeam bertitah kepada nabi itu, “Tolonglah berdoa kepada TUHAN, Allahmu untuk beta, dan mintalah supaya Dia menyembuhkan lengan beta!”Nabi itu berdoa kepada TUHAN, maka lengan raja disembuhkan.
7. Lalu raja bertitah kepada nabi itu, “Marilah makan di rumah beta. Beta akan menghadiahi kamu bagi jasamu itu.”
8. Nabi itu menjawab. “Walaupun tuanku memberi hamba separuh daripada harta tuanku, hamba tidak akan ikut tuanku, atau makan minum bersama-sama tuanku.
9. TUHAN telah memerintah hamba supaya tidak makan atau minum apa pun dan tidak pulang mengikut jalan hamba datang dahulu.”
29-30. Nabi tua itu mengangkat mayat itu, meletakkannya di atas keldainya, lalu membawanya pulang ke Betel. Dia meratapinya lalu mengebumikannya di perkuburan keluarganya sendiri. Dia dan anak-anaknya meratapinya, dan berkata, “Kasihan engkau, hai saudaraku, saudaraku!”
31. Kemudian nabi itu berkata kepada anak-anaknya, “Apabila aku meninggal, kuburlah aku di kubur ini, dan letakkanlah mayatku di sisi mayatnya.
32. Firman TUHAN yang disampaikannya terhadap mazbah di Betel itu dan semua tempat sembahyang di kota-kota Samaria pasti akan berlaku.”
33. Raja Yerobeam, di Israel masih tidak meninggalkan perbuatannya yang jahat. Baginda tetap memilih imam daripada keluarga bukan suku Lewi untuk bertugas di mazbah-mazbah yang dibinanya. Raja melantik sesiapa sahaja yang mahu menjadi imam.
34. Dosa raja ini membawa keruntuhan dan kemusnahan pemerintahan keturunannya.