12. Berbuatlah demikian,kerana Tuhan sentiasa memperhatikan orang yang melakukan kehendak-Nya,Dia sentiasa mendengarkan doa mereka;tetapi Tuhan menentang orang yang melakukan kejahatan.”
13. Siapakah akan menyusahkan kamu jika kamu ingin sekali berbuat baik?
14. Tetapi meskipun kamu harus menanggung penderitaan kerana melakukan perkara yang baik, kamu berbahagia! Janganlah takut akan sesiapa pun dan janganlah khuatir.
15. Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki.