10. Andaikata seseorang yang keyakinannya tidak teguh melihat kamu yang dikatakan ‘berpengetahuan’ makan di kuil berhala, bukankah hal itu akan mendorong dia makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala?
11. Dengan demikian ‘pengetahuan’ kamu itu menyebabkan saudara kamu binasa, kerana keyakinannya tidak teguh. Padahal Kristus mati bagi dia juga.
12. Oleh itu kamu berdosa terhadap Kristus, kerana kamu berdosa terhadap saudara-saudara Kristian dan melukai keyakinan mereka yang tidak teguh itu.
13. Oleh itu, jika makanan menyebabkan saudaraku berdosa, aku tidak akan makan daging lagi. Dengan demikian aku tidak akan menyebabkan saudaraku berdosa.