1 Korintus 8:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Sekarang aku membincangkan hal makanan yang dipersembahkan kepada berhala.Memang benar seperti kata orang, “Kita semua mempunyai pengetahuan.” Tetapi pengetahuan menjadikan orang sombong, sedangkan kasih membina kehidupan orang.

2. Sesiapa yang menyangka dirinya mengetahui segala-galanya, sebenarnya tidak mengetahui apa yang seharusnya diketahui.

3. Tetapi orang yang mengasihi Allah, dikenal oleh Allah.

4. Sekarang tentang persoalan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala: Kita tahu bahawa berhala menggambarkan sesuatu yang tidak wujud. Kita juga tahu bahawa Allah hanya satu; tidak ada yang lain.

1 Korintus 8