15. Tetapi jika kerja seseorang terbakar, dia akan rugi. Dia sendiri akan selamat, seperti orang yang melepaskan diri daripada api.
16. Tentu kamu tahu bahawa kamu tempat kediaman Allah, kerana Roh Allah tinggal di dalam kamu!
17. Oleh itu, jika seseorang memusnahkan tempat kediaman Allah, Allah pun akan memusnahkan orang itu, kerana tempat kediaman Allah itu khas untuk Allah dan kamulah tempat kediaman-Nya.
18. Janganlah sesiapa pun menipu diri sendiri. Jika sesiapa antara kamu menganggap dirinya bijak menurut penilaian dunia ini, biarlah dia menjadi bodoh supaya dia menjadi benar-benar bijaksana.
19. Hal itu demikian kerana apa yang dianggap oleh dunia sebagai kebijaksanaan, sebenarnya suatu kebodohan di sisi Allah. Di dalam Alkitab tertulis, “Allah memerangkap orang bijak dengan kepintaran mereka sendiri.”