12. Beritahulah dia bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, ‘Orang yang disebut Tunas akan berjaya di tempat dia berada, dan dia akan membina semula Rumah TUHAN.
13. Dialah yang akan membina Rumah-Ku dan menerima kehormatan yang diberikan kepada raja, dan dia akan memerintah rakyatnya. Seorang imam akan mengiringi dia dan mereka akan bekerjasama dengan rukun.’
14. Mahkota itu akan disimpan di dalam Rumah-Ku untuk mengenang Heldai, Tobia, Yedaya, dan Yosia.”