Zakharia 4:3-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Di sebelah kiri kaki pelita itu ada sebatang pokok zaitun, dan di sebelah kanan pun ada sebatang pokok zaitun.”

4. Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu, “Apakah yang dilambangkan oleh benda-benda itu, tuan?”

5. “Tidakkah engkau tahu?” malaikat itu bertanya kepadaku.“Tidak tuan,” jawabku.

11. Kemudian aku bertanya lagi kepadanya, “Apakah makna pokok zaitun di sebelah kanan dan kiri kaki pelita itu?

12. Apa pula makna dua batang cabang zaitun di sebelah dua batang paip emas yang menyalurkan minyak zaitun itu?”

13. “Tidakkah engkau tahu?” malaikat itu bertanya kepadaku.“Tidak, tuan,” jawabku.

14. Kemudian dia berkata, “Cabang itu melambangkan dua orang yang telah dipilih dan dilantik oleh Allah untuk mengabdi kepada-Nya, Tuhan alam semesta.”

6. Malaikat itu menyuruh aku menyampaikan perkhabaran TUHAN ini kepada Zerubabel, “Engkau akan berjaya bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatanmu sendiri, melainkan dengan Roh-Ku.

7. Halangan sebesar gunung pun akan tersingkir dari hadapanmu. Engkau akan membina semula Rumah-Ku, dan pada masa engkau meletakkan batu yang terakhir di tempatnya, orang akan berseru, ‘Alangkah indahnya!’ ”

8. Kemudian datang lagi perkhabaran lain daripada TUHAN.

9. Dia berfirman, “Zerubabel telah meletakkan batu asas Rumah-Ku, dan dia akan menyelesaikan bangunan itu. Jika hal itu berlaku, umat-Ku akan tahu bahawa Akulah yang telah mengutus engkau, Zakharia, kepada mereka.

Zakharia 4