Yudit 1:12-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. Maka meledaklah kemurkaan Raja Nebukadnezar. Baginda bersumpah akan mempertaruhkan seluruh kerajaan baginda untuk menumpas semua penduduk Kilikia, Damsyik, Siria, Moab, Amon, Yudea, dan Mesir, iaitu semua bangsa yang tinggal di antara Laut Tengah dan Teluk Persia.

13. Pada tahun ketujuh belas pemerintahan baginda, Raja Nebukadnezar mengerahkan seluruh tentera baginda dalam pertempuran melawan Raja Arfaksad. Seluruh tentera Raja Arfaksad dikalahkan baginda, termasuk pasukan berkuda dan pasukan berkereta kuda.

14. Lalu Raja Nebukadnezar menduduki semua kota di negeri Media dan menyerang kota Ekbatana. Menara-menara kota itu dirampas, pasar-pasar dirompak, dan kota yang indah itu dijadikan puing-puing.

15. Raja Arfaksad ditangkap di pergunungan Ragau, lalu dibunuh dengan lembing.

16. Sesudah itu Raja Nebukadnezar dan seluruh tentera baginda yang sangat besar kembali ke Niniwe. Empat bulan lamanya mereka berpesta pora dan bersenang-senang di sana.

Yudit 1