3. Oleh itu, menurut perintah TUHAN, umat Israel memberi suku Lewi beberapa buah kota dengan padang rumput di sekelilingnya daripada wilayah mereka sendiri.
4. Keluarga-keluarga daripada puak Kehat adalah yang pertama menerima kota-kota mereka. Keturunan Imam Harun menerima tiga belas buah kota dari wilayah Yehuda, Simeon, dan Benyamin.
5. Puak Kehat yang lain menerima sepuluh buah kota dari wilayah Dan, Efraim, dan Manasye Barat.
6. Puak Gerson menerima tiga belas buah kota dari wilayah Isakhar, Asyer, Naftali, dan Manasye Timur.
7. Keluarga-keluarga daripada puak Merari menerima dua belas buah kota dari wilayah Ruben, Gad, dan Zebulon.
8. Demikianlah dengan membuang undi, umat Israel memberikan kota-kota itu dan padang rumput di sekelilingnya kepada suku Lewi, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN dengan perantaraan Musa.
9. Inilah nama kota-kota dari wilayah Yehuda dan Simeon yang diberikan
10. kepada keturunan Harun, iaitu salah satu keluarga daripada puak Kehat keturunan Lewi. Mereka mendapat bahagian yang pertama.