Yosua 13:28-31 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

28. Itulah semua kota dan pekan yang diberikan kepada semua keluarga suku Gad sebagai milik mereka.

29. Musa juga telah memberikan sebahagian tanah kepada semua keluarga dalam setengah daripada suku Manasye sebagai milik mereka.

30. Wilayah mereka meliputi Mahanaim dan seluruh Basan, iaitu seluruh kerajaan Raja Og dari Basan, termasuk enam puluh buah kampung Yair di daerah Basan.

31. Kawasan mereka juga meliputi separuh daerah Gilead termasuk Asytarot dan Edrei, dua buah ibu kota kerajaan Raja Og di daerah Basan. Seluruh kawasan itu diberikan kepada separuh daripada keluarga-keluarga keturunan Makhir anak Manasye.

Yosua 13