39. Kamu menyelidiki Alkitab kerana menyangka bahawa dengan cara itu kamu akan beroleh hidup sejati dan kekal. Sebenarnya Alkitab memberikan kesaksian tentang Aku.
40. Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku supaya beroleh hidup sejati.
41. Aku tidak mengharapkan pujian daripada manusia.
42. Aku kenal akan kamu. Aku tahu bahawa kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah.
43. Aku datang dengan kuasa Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut Aku. Tetapi manakala seorang lain datang dengan kuasanya sendiri, kamu menyambut dia.
44. Bagaimanakah kamu boleh percaya kepada-Ku, jika kamu mencari pujian daripada sesama kamu sendiri? Kamu tidak berusaha untuk mencari pujian daripada Allah yang Esa.