Yohanes 11:52-54 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

52. Yesus mati bukan untuk orang Yahudi sahaja, tetapi juga untuk mengumpulkan dan menyatukan umat Allah yang tercerai-cerai.

53. Sejak hari itu para penguasa Yahudi berkomplot untuk membunuh Yesus.

54. Yesus tidak lagi berpergian secara terang-terangan di Yudea, tetapi Dia pergi ke bandar bernama Efraim dekat padang gurun. Dia dan pengikut-pengikut-Nya tinggal di sana.

Yohanes 11