Yesaya 64:5-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Engkau menyambut orang jujur, yang hidup menurut kehendak-Mu. Engkau murka terhadap kami, tetapi kami tetap berdosa. Sekalipun Engkau sangat murka, kami terus-menerus berbuat salah sejak dahulu.

6. Kami semua telah berdosa; bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis. Kerana dosa kami, kami akan lenyap seperti daun layu diterbangkan angin.

7. Tiada sesiapa pun berdoa kepada-Mu. Tiada sesiapa pun menghampiri Engkau untuk minta pertolongan. Engkau telah menyembunyikan diri daripada kami, dan membiarkan kami binasa kerana dosa kami.

8. Tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN. Kami ini seperti tanah liat, dan Engkau seperti tukang periuk. Engkaulah yang menciptakan kami.

9. Oleh itu janganlah terlalu murka terhadap kami, ataupun mengingat dosa kami selama-lamanya. Kami umat-Mu, kasihanilah kami.

10. Kota-kota-Mu yang suci menjadi seperti padang gurun. Yerusalem telah menjadi runtuhan yang lengang

Yesaya 64