1. Koyakkanlah langit dan turunlah, ya TUHAN! Gunung akan melihat Engkau, lalu gunung bergoncang kerana ketakutan.
2. Gunung akan bergegar seperti air yang mendidih di atas api. Marilah tunjukkan kuasa-Mu kepada musuh-musuh-Mu, dan buatlah bangsa-bangsa gementar di hadapan-Mu.
3. Dahulu Engkau datang melakukan perkara-perkara yang mengerikan, yang tidak kami sangka. Engkau turun, dan gunung-gunung bergoncang kerana ketakutan.