15. Tiada lagi orang yang jujur sehingga sesiapa yang menjauhi kejahatan menjadi mangsa kejahatan.”TUHAN nampak semuanya; Dia murka kerana tiada keadilan lagi.
16. Dia hairan kerana tiada sesiapa pun menolong orang yang tertindas. Oleh itu, dengan kuasa-Nya sendiri Dia akan menyelamatkan mereka dan memberi mereka kemenangan.
17. Dia memakai keadilan sebagai baju zirah dan penyelamatan sebagai topi besi. Dia bertekad untuk memulihkan keadaan dan membalas ketidakadilan.
18. Dia akan menghukum musuh-Nya menurut perbuatan mereka, termasuk juga orang yang tinggal di negeri-negeri yang jauh.
19. Dari timur ke barat, tiap-tiap orang takut akan keagungan dan kuasa-Nya. Dia akan datang seperti air sungai yang deras dan seperti angin yang kuat.