5. Kamu menyembah dewa-dewa kesuburan dengan melakukan hubungan jenis di bawah pokok-pokok keramat. Kamu mempersembahkan anak-anak kamu sebagai korban di celah-celah bukit batu, di lembah sungai.
6. Kamu mengambil batu-batu yang licin dari sungai, lalu menyembahnya sebagai berhala. Kamu mempersembahkan wain dan bijirin kepada berhala-berhala itu. Adakah kamu menyangka bahawa Aku berkenan dengan semua itu?
7. Kamu pergi ke puncak gunung yang tinggi-tinggi untuk mempersembahkan korban dan memuaskan nafsu berahi.
8. Kamu memasang berhala-berhala yang cabul di belakang pintu dan tiang pintu kamu. Kamu telah meninggalkan Aku. Kamu bertelanjang lalu naik ke katil yang besar bersama-sama kekasih kamu: orang yang kamu upah supaya berseketiduran dengan kamu. Dengan cara itu kamu memuaskan nafsu.