8. Dia ditahan dan dihakimi,lalu digiring untuk dihukum mati.Tidak seorang pun mempedulikannya;dia dihukum mati kerana dosa bangsa kita.
9. Dia dikuburkan bersama-sama orang jahat,dia dikebumikan bersama-sama orang kaya,walaupun dia tidak pernah melakukan jenayahdan tidak pernah berdusta.”
10. TUHAN berfirman,“Penderitaannya memang menurut kehendak-Ku;dia menyerahkan nyawanya sebagai korban bagi pengampunan dosa.Oleh itu dia akan panjang umur;dia akan melihat keturunannya,dan melalui dia maksud-Ku akan terlaksana.
11. Selepas penderitaan, dia akan bersukacita semula;dia akan tahu bahawa penderitaannya tidak sia-sia.Hamba-Ku yang setia dan yang Aku perkenankanakan menanggung hukuman banyak orang,dan kerana dia, Aku akan mengampuni mereka.