2. Mengapakah umat-Ku tidak menyambut Akuketika Aku datang untuk menyelamatkan mereka?Mengapakah mereka tidak menjawab ketika Aku memanggil?Adakah Aku terlalu lemah untuk menyelamatkan mereka?Dengan perintah-Ku air laut menjadi kering,sungai-sungai menjadi padang pasirsehingga ikan-ikan di dalamnya mati kerana tidak ada air.
3. Aku menjadikan langit gelapseolah-olah langit sedang berkabung.”
4. TUHAN Raja telah mengajar aku tentang apa yang harus kukatakan,supaya aku dapat menguatkan orang yang letih lesu.Tiap-tiap pagi Dia membangkitkan keinginankuuntuk mendengar ajaran-Nya bagiku.
5. TUHAN telah memberi aku pengertian,aku tidak memberontak atau berpaling daripada-Nya.
6. Aku memberikan belakangku kepada mereka yang memukul aku,dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku.Aku tidak memalingkan mukakuketika aku dihina dan diludahi.
7. Namun hinaan mereka tidak dapat menyakiti aku,kerana TUHAN Raja menolong aku.Aku menguatkan hatiku supaya tabah.Aku tahu aku tidak akan dipermalukan,