Yesaya 39:4-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. “Apakah yang dilihat mereka di istana?” tanya Yesaya lagi.“Mereka melihat segala-galanya. Tiada satu pun di gudang yang tidak beta tunjukkan kepada mereka,” jawab Raja Hizkia.

5. Lalu Yesaya berkata kepada raja, “Menurut firman TUHAN Yang Maha Kuasa,

6. masanya akan tiba apabila segala sesuatu di istana tuanku, segala yang telah dikumpulkan oleh nenek moyang tuanku hingga hari ini, akan dibawa ke Babilonia. Tiada satu pun yang tinggal.

7. Beberapa orang daripada keturunan tuanku sendiri akan dibawa dan dijadikan sida-sida untuk bertugas di istana raja Babilonia.”

8. Raja Hizkia berfikir bahawa selama hidup baginda, kerajaannya akan aman dan damai. Oleh itu baginda menjawab, “Firman TUHAN yang kamu sampaikan itu baik.”

Yesaya 39