Yesaya 24:17-20 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

17. Dengarlah, hai semua orang! Ketakutan, lubang, dan perangkap sedang menanti kamu.

18. Sesiapa cuba melarikan diri daripada ketakutan itu akan jatuh ke dalam lubang, dan sesiapa yang terlepas daripada lubang itu akan masuk ke dalam perangkap. Hujan deras akan mencurah dari langit dan dasar bumi akan goncang.

19. Bumi akan retak, terbelah, dan hancur.

20. Bumi akan terhuyung-hayang seperti orang mabuk, dan goyang seperti pondok yang kena angin ribut. Bumi roboh kerana berat dosanya, lalu hancur dan tidak akan bangkit lagi.

Yesaya 24