Yesaya 16:10-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Sekarang tiada sesiapa pun yang bersukacita di tanah yang subur itu. Tiada sesiapa pun yang bersorak atau bernyanyi di ladang-ladang anggur. Tiada lagi orang yang memeras buah anggur. Sorakan gembira mereka sudah berhenti.

11. Aku mengeluh dengan sedih melihat keadaan Moab dan Kir-Heres.

12. Orang Moab bersusah payah mendaki bukit ke tempat ibadat mereka untuk berdoa, tetapi usaha mereka sia-sia sahaja.

13. Itulah perkhabaran yang dahulu diberikan oleh TUHAN tentang Moab;

14. tetapi sekarang TUHAN berfirman, “Dalam masa tiga tahun, segala kekayaan yang dibanggakan oleh Moab akan lenyap. Penduduknya yang banyak akan menjadi sangat sedikit dan lemah.”

Yesaya 16