Yeremia 46:26-28 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

26. lalu menyerahkan mereka kepada orang yang hendak membunuh mereka, iaitu Raja Nebukadnezar dari Babilonia dan tenteranya. Tetapi pada kemudian hari, orang akan tinggal lagi di Mesir, seperti pada masa lampau. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

27. “Jangan takut, hai umat-Ku,jangan gentar, hai umat Israel.Aku akan menyelamatkan kamu dari negeri yang jauh,dari negeri tempat kamu ditawan.Kamu akan pulang dan tinggal di negeri kamu dengan aman;kamu akan hidup dengan tenteram;tiada sesiapa pun akan menakutkan kamu.

28. Aku akan datang dan menyelamatkan kamu.Aku akan memusnahkan semua negeritempat Aku mencerai-beraikan kamu,tetapi Aku tidak akan membinasakan kamu.Aku tidak akan melepaskan kamu daripada hukuman,tetapi apabila Aku menghukum kamu,Aku akan berlaku adil.Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Yeremia 46