3. Sekarang Dia telah menepati firman-Nya. Semua itu berlaku kerana bangsamu berdosa kepada TUHAN dan tidak taat kepada-Nya.
4. Saya akan membebaskan kamu dan melepaskan belenggu dari lenganmu. Jika kamu mahu, kamu boleh ikut saya ke Babilonia dan saya akan memelihara kamu. Tetapi jika kamu tidak mahu, tidak mengapa. Di seluruh negeri ini, kamu bebas pergi ke mana sahaja kamu hendak.”
5. Apabila aku tidak menjawab, Nebuzaradan berkata, “Baliklah kepada Gedalya anak Ahikam, cucu Safan, yang telah dilantik oleh raja Babilonia menjadi gabenor kota-kota Yehuda. Kamu boleh tinggal dengan dia dan hidup bersama-sama rakyat atau pergi ke mana sahaja kamu mahu.” Selepas itu dia memberi aku hadiah dan bekal makanan, lalu dia melepaskan aku.