6. Akulah yang telah menyerahkan semua bangsa ini ke bawah kekuasaan hamba-Ku, Nebukadnezar, raja Babilonia. Bahkan binatang liar pun telah Kuserah kepadanya untuk dikuasai.
7. Semua bangsa akan mengabdi kepada Raja Nebukadnezar, putera, dan cucunya sampai masa negerinya sendiri jatuh. Pada masa itu bangsa Babilonia akan mengabdi kepada bangsa-bangsa yang kuat dan raja-raja yang besar.
8. Tetapi bangsa atau kerajaan yang tidak mahu takluk kepada Nebukadnezar akan Kuhukum dengan peperangan, kebuluran, dan wabak sehingga Kubiarkan Nebukadnezar memusnahkan mereka sama sekali.
9. Jangan dengarkan nabi-nabi kamu atau sesiapa pun juga yang melarang kamu takluk kepada raja Babilonia, walaupun mereka mengaku dapat meramalkan masa depan, sama ada melalui mimpi, atau dengan memanggil roh orang mati, atau dengan ilmu sihir.