Yeremia 2:22-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

22. Walaupun engkau mandi dengan menggunakan banyak sabun yang kuat,namun Aku masih nampak noda kesalahanmu.

23. Bagaimanakah engkau dapat berkata bahawa engkau tidak menajiskan dirimu,dan bahawa engkau tidak pernah menyembah Baal?Lihatlah perbuatanmu di lembah;engkau telah berdosa di sana.Engkau umpama unta liar yang berahi,yang berlari kian ke mari, tidak terkendali,

24. lalu berlari ke gurun yang sunyi.Unta betina tidak dapat dikawal ketika sedang berahi.Unta jantan yang mengingininya tidak perlu mencari-cari;pada musim mengawan unta betina selalu ditemui.

25. Hai Israel, jangan mengejar dewa-dewa,nanti kakimu cedera,dan kerongkongmu kering.Tetapi engkau berkata, ‘Tidak, aku tidak dapat kembali.Aku mencintai dewa-dewadan aku mahu mengikuti dewa-dewa itu.’ ”

26. TUHAN berfirman, “Sebagaimana pencuri dipermalukan ketika tertangkap, demikian juga semua orang Israel akan dipermalukan, termasuk raja-raja dan para pegawai kamu, para imam dan nabi kamu.

Yeremia 2