Yeremia 15:3-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Aku, TUHAN telah mengambil keputusan bahawa empat perkara yang dahsyat akan menimpa mereka: mereka akan dibunuh dalam peperangan; mayat mereka akan diseret anjing; burung akan memakan mayat mereka, dan binatang buas akan menghabiskan apa yang tersisa.

4. Aku akan menyebabkan semua bangsa di dunia ngeri melihat mereka kerana perbuatan Manasye anak Hizkia di Yerusalem, ketika Manasye menjadi raja Yehuda.”

5. TUHAN berfirman,“Hai penduduk Yerusalem,siapakah yang akan mengasihani kamu?Siapakah yang mahu bersedih dengan kamu?Siapakah yang mahu singgah untukmenanyakan keadaan kamu?

6. Kamu telah menolak Aku,kamu telah membelakangi Aku.Oleh itu, Aku mengacungkan tangan untuk menghancurkan kamu,kerana Aku sudah jemu menahan kemurkaan-Ku.

Yeremia 15