Yeremia 15:1-2 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Aku tidak akan mengasihani bangsa ini, walaupun Musa dan Samuel berdiri di sini untuk memohon belas kasihan-Ku bagi mereka. Suruhlah bangsa ini pergi, Aku tidak mahu melihat mereka!

2. Jika mereka bertanya kepadamu ke tempat mana mereka harus pergi, jawablah begini,‘TUHAN berfirman,orang yang ditentukan mati kerana penyakit,biarlah mereka mati kerana penyakit!Orang yang ditentukan mati dalam pertempuran,biarlah mereka mati dalam pertempuran!Orang yang ditentukan mati kerana kelaparan,biarlah mereka mati kelaparan!Orang yang ditentukan menjadi tawanan,biarlah mereka diangkut sebagai tawanan!’

Yeremia 15