Yehezkiel 46:3-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Pada tiap-tiap hari Sabat dan Perayaan Bulan Baru, semua rakyat juga mesti sujud dan menyembah TUHAN di hadapan ambang pintu gerbang itu.

4. Pada hari Sabat, penguasa harus mempersembahkan korban kepada TUHAN, iaitu korban untuk menyenangkan hati TUHAN yang terdiri daripada enam ekor anak domba dan seekor domba jantan. Semuanya tidak boleh ada cacat.

5. Bagi setiap ekor domba jantan, penguasa harus mempersembahkan 17.5 liter bijirin; dan bagi setiap ekor domba, dia harus mempersembahkan bijirin sebanyak yang diingininya. Setiap 17.5 liter bijirin harus disertai 3 liter minyak zaitun.

6. Pada Perayaan Bulan Baru, dia harus mempersembahkan seekor anak lembu jantan, enam ekor anak domba, dan seekor domba jantan. Semuanya tidak boleh ada cacat.

7. Bagi setiap ekor lembu jantan dan setiap ekor domba jantan, dia harus mempersembahkan 17.5 liter bijirin; dan bagi setiap ekor anak domba, dia harus mempersembahkan bijirin sebanyak yang diingininya. Setiap 17.5 liter bijirin harus disertai 3 liter minyak zaitun.

8. Penguasa mesti masuk melalui ruang besar itu dan keluar melalui jalan yang sama.

Yehezkiel 46