Yehezkiel 46:21-22-24 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Pada tiap-tiap hari Sabat dan Perayaan Bulan Baru, semua rakyat juga mesti sujud dan menyembah TUHAN di hadapan ambang pintu gerbang itu.

4. Pada hari Sabat, penguasa harus mempersembahkan korban kepada TUHAN, iaitu korban untuk menyenangkan hati TUHAN yang terdiri daripada enam ekor anak domba dan seekor domba jantan. Semuanya tidak boleh ada cacat.

5. Bagi setiap ekor domba jantan, penguasa harus mempersembahkan 17.5 liter bijirin; dan bagi setiap ekor domba, dia harus mempersembahkan bijirin sebanyak yang diingininya. Setiap 17.5 liter bijirin harus disertai 3 liter minyak zaitun.

6. Pada Perayaan Bulan Baru, dia harus mempersembahkan seekor anak lembu jantan, enam ekor anak domba, dan seekor domba jantan. Semuanya tidak boleh ada cacat.

7. Bagi setiap ekor lembu jantan dan setiap ekor domba jantan, dia harus mempersembahkan 17.5 liter bijirin; dan bagi setiap ekor anak domba, dia harus mempersembahkan bijirin sebanyak yang diingininya. Setiap 17.5 liter bijirin harus disertai 3 liter minyak zaitun.

8. Penguasa mesti masuk melalui ruang besar itu dan keluar melalui jalan yang sama.

9. Apabila penduduk kota datang untuk beribadat kepada TUHAN pada hari perayaan, mereka yang masuk melalui pintu gerbang utara, harus keluar melalui pintu gerbang selatan. Mereka yang masuk melalui pintu gerbang selatan, harus keluar melalui pintu gerbang utara. Tidak sesiapa pun boleh keluar melalui pintu yang dimasukinya, tetapi dia mesti keluar melalui pintu yang di seberangnya.

21-22. Selepas itu dia membawa aku ke halaman luar, dan diperlihatkannya kepada aku bahawa di setiap sudut ada lagi halaman yang kecil: panjangnya 20 meter dan lebarnya 15 meter.

23. Setiap halaman itu mempunyai tembok batu di sekelilingnya, dan pada tembok itu ada perapian.

24. Lelaki itu berkata kepadaku, “Inilah dapur-dapur tempat pekerja-pekerja Rumah TUHAN merebus korban yang dipersembahkan oleh rakyat.”

Yehezkiel 46